Sunday, 29 January 2012

Post For Today

Esok dah nak school,Kpd suma pelajar Sm.St.Patrick,Selamat kembali ke skolah stlah smggu brcuti :) kpd PRS pla,brsedia OK! :D

Saturday, 28 January 2012

Little Bit About PRS

Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) diadakan adalah untuk melatih para belia dan remaja agar dapat menguasai kemahiran membantu supaya mereka dapat membantu rakan pelajar yang memerlukan pertolongan dari segi mental, sosial atau emosional, di samping melatih mereka membantu diri sendiri.
Selain itu, khidmat “pelajar membantu pelajar” merupakan satu khidmat sokongan yang penting di dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kursus ini dijalankan secara teori dan praktikal.
Program ini berasaskan konsep bahawa rakan sebaya merupakan orang yang paling rapat dan paling memahami masalah yang dihadapi oleh remaja/seseorang. Dengan itu mereka merupakan orang yang paling tepat bagi memberi nasihat bagi menangani sesuatu masaalah.
Program ini merangkumi bidang yang luas termasuk membantu mempelajari Teknologi Maklumat, Pembelajaran Bestari, Cara Belajar, malah digunakan dalam kempen anti dadah.
Program Pembimbing Rakan Sebaya Anti Dadah pula dimulakan pada awal tahun 2001. Program ini menekankan kepada konsep role model iaitu bekas penagih yang berjaya mengikuti program Pembimbing Rakan Sebaya dengan baik dan berkesan dijadikan sebagai peer educator.

Friday, 27 January 2012

New Year Post

31 Jan 2012 ni,perlantikan PRS sekolah akan dijalankan di dewan sekolah Smk.St.Patrick,Membakut.Diharapkan semua calon PRS sekolah dapat memakai pakaian lengkap PRS sekolah yang telah diberitahu.Majulah PRS untuk sekolah! Hehe!